This refers to the dialysis treatments we carry out at our centres.

The time for each treatment is usually not more than 5 hours. Patients usually come to our centres for treatment 3 times a week.

Our clinical care teams will take care of all the details of the treatments and payment claims and guide our patients. All our patients need to do is just to settle down and make themselves comfortable.

Rawatan Hemodialisis

  • Hal ini berkaitan dengan rawatan yang diberikan di semua pusat dialisis kami.
  • Masa untuk setiap rawatan biasanya tidak melebihi daripada 5 jam. Kebiasaannya pesakit  akan datang ke pusat kami untuk menjalani rawatan hemodialisis sebanyak 3 kali seminggu.
  • Staf klinikal kami akan memberikan penerangan serta bimbingan berkaitan dengan kaedah rawatan dialisis dan juga pembayaran. Hal ini bagi memastikan agar pesakit berasa selesa dan tidak terbeban dari segi kaedah rawatan dialisis, caj rawatan dan juga kaedah pembayaran.

Caj dan Cara Pembayaran

Kaedah Pembayaran

RenalTeam Dialisis Sdn Bhd (RTD), menyediakan pelbagai kaedah pembayaran untuk pesakit yang menjalani rawatan di semua pusat hemodialisis kami. Pesakit boleh membayar caj perawatan dan perkhidmatan yang berkaitan secara wang tunai, kad kredit dan juga boleh memilih program pembayaran balik daripada pelbagai agensi awam dan swasta di Malaysia

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Bantuan rawatan hemodialisis adalah salah satu kemudahan yang disediakan oleh PERKESO untuk Orang Yang Diinsuranskan, ia juga merupakan salah satu program pemulihan pesakit. PERKESO akan menanggung sepenuhnya kos rawatan hemodialisis manakala suntikan Erythropoietin (EPO) adalah sebahagian yang dibiayainya di mana-mana panel dialisis PERKESO.

Jika anda merupakan Orang yang Diinsuranskan, kakitangan kami di pusat hemodialisis RTD akan membantu anda untuk mengisi borang permohonan, menyediakan surat sokongan serta dokumen yang berkaitan untuk mempercepatkan proses permohonan. PERKESO mengambil masa lebih kurang empat (4) minggu untuk memproses permohonan hemodialisis, dalam tempoh masa tersebut pesakit perlulah membayar bil rawatan mereka terlebih dahulu.

Pembiayaan oleh Perkeso:
Rawatan dialisis: RM150 setiap rawatan dialisis
Suntikan EPO: RM30 per suntikan (maksimum: RM240 sebulan)

Kakitangan Perkhidmatan Awam / Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

Kakitangan perkhidmatan awam atau pesara yang menerima pencen serta ahli keluarga mereka layak untuk mendapatkan kemudahan perubatan percuma di Hospital / Klinik Kerajaan. Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu yang mana Hospital / klinik kerajaan tidak dapat menyediakan kemudahan perubatan tertentu, kakitangan perkhidmatan Awam atau pesara perlu mendapatkannya di sektor swasta dan menuntut semula bayaran kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Siapakah yang layak untuk Skim Pembayaran Kemudahan Perubatan:
    •   Kakitangan Perkhidmatan Awam atau pesara yang menerima pencen
    •   Ahli-ahli keluarga kakitangan perkhidmatan awam atau pesara yang menerima pencen
    •   Ibu bapa kepada kakitangan Perkhidmatan Awam (terhad kepada kemudahan perubatan tertentu)
Proses Permohonan untuk menjalani hemodialisis dan perbelanjaan ubatan
    1. Menerima rawatan di Hospital / klinik kerajaan
    2. Perkhidmatan perubatan yang diperlukan oleh pesakit di Hospital / Klinik Kerajaan  tetapi perkhidmatan itu tidak dapat diberikan
    3. Pegawai Perubatan Kerajaan akan merujuk pesakit ke hospital / klinik swasta untuk mendapatkan rawatan dengan borang SARAUBAT JPA (PPK).
    4. Pemohon telah mengemukakan borang permohonan menyenaraikan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk diluluskan pembayaran balik.
      •   Borang Perubatan 1/09 & 1/09T
      •   JPA BP.UBAT.B01b – Pengesahan Rawatan Hemodialisis

JPA mengambil masa lebih kurang empat (4) minggu untuk memproses permohonan pembayaran rawatan Hemodialisis, oleh yang demikian pesakit perlulah menjelaskan bil rawatan mereka terlebih dahulu dan resit asal perlulah disertakan ketika proses tuntutan pembayaran dilakukan kepada pihak JPA.

Pembiayaan oleh JPA:
Rawatan dialisis: RM200 setiap rawatan dialisis
Suntikan EPO: RM80 per suntikan

Lembaga Zakat Selangor (Majlis Agama Islam Selangor) (MAIS)
Bantuan rawatan dialisis adalah salah satu kemudahan yang disediakan oleh pihak MAIS yang mana ianya salah satu program asas komuniti untuk membantu pesakit miskin. Pemohon yang layak akan menerima bayaran penuh atau sebahagian untuk rawatan dialisis dan suntikan Erythropoietin daripada MAIS. Di RenalTeam, kakitangan kami akan membantu anda untuk mengisi borang permohonan dan menyediakan surat serta dokumen yang diperlukan untuk mempercepatkan proses permohonan. MAIS akan mengambil masa lebih kurang empat (4) minggu untuk memproses permohonan tersebut, oleh yang demikian pesakit itu dikehendaki menjelaskan bil rawatan mereka terlebih dahulu.

Siapakah yang layak untuk Kemudahan Perubatan Pembayaran balik dari MAIS:
    • Warganegara Malaysia
    • Beragama Islam
    • Berdaftar sebagai penerima untuk “Asnaf Fakir / Asnaf Miskin”
    • TIDAK menerima sebarang bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi
Proses Permohonan Kemudahan Pembayaran Balik Perubatan:
    1. Borang yang perlu diisi dari MAIS:
      1. Borang Permintaan untuk Agihan Zakat
      2. Borang Pengisytiharan Pendapatan Permintaan untuk Bantuan Zakat LZS (MAIS)
    2. Menyerahkan semula kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS) yang terdekat.
    3. Pegawai dari Lembaga Zakat Selangor akan melawat rumah pesakit sebagai sebahagian daripada proses permohonan
    4. Permohonan akan mengambil masa selama empat (4) mingu

Pembiayaan oleh MAIS:
Rawatan dialisis: RM150 setiap rawatan dialisis
EPO Suntikan: RM70 setiap suntikan (Maksimum: 3 suntikan (2000 iu) / minggu)

Insurans Perubatan Swasta

Pesakit juga boleh membayar dan membuat tuntutan daripada syarikat insurans yang menginsurankannya. Pesakit perlu menyemak dengan Penasihat Insurans terlebih dahulu sama ada rawatan dialisis dilindungi oleh insurans tersebut atau pun tidak serta tarikh permulaan perlindungan polisi

Pesakit disarankan membayar bil rawatan kepada pihak kami terlebih dahulu. Pihak kami akan membantu pesakit untuk melengkapkan borang tuntutan dan syarikat insurans akan membayar balik kepada pesakit secara langsung. Sekiranya syarikat insurans membayar terus kepada RenalTeam, pihak kami hanya akan menbayar jumlah yang telah dibayar oleh pesakit melalui cek.

Start typing and press Enter to search