Rawatan Hemodialisis

Hemodialisis adalah rawatan yang membuang bahan buangan dan cecair tambahan dari darah anda. Ia boleh dilakukan di pusat dialisis atau pun di rumah (HHD).

Dalam rawatan ini, darah dari pesakit akan dipam melalui tiub lembut untuk ke penapis khas yang dipanggil dialyzer (juga dikenali sebagai buah pinggang tiruan) untuk mengeluarkan bahan buangan. Darah yang telah ditapis akan dikembalikan ke tubuh pesakit semula. Hanya sejumlah kecil darah yang akan dibawa keluar dari badan pesakit pada satu-satu masa tertentu sepertimana buah pinggang yang sihat berfungsi.

Berikut adalah bagaimana ia berfungsi berbanding dengan buah pinggang yang sihat :

Buah pinggang yang sihat Hemodialisis
Darah mengalir ke dalam buah pinggang Aliran darah dari badan mengalir ke mesin dialisis
Penapis kecil yang dipanggil nephron menarik keluar bahan buangan Bahan buangan yang telah ditapis oleh dialyzer akan dikeluarkan melalui dialysate
Lebihan cecair dan bahan buangan keluar dari badan melalui air kencing. Lebihan cecair dan bahan buangan tinggal didalam dialyzer
Berfungsi 24 jam sehari Hanya berfungsi selama 4 jam sehari dan 3 kali seminggu di pusat dialisis

Kelebihan dan kekurangan

Kelebihan Kekurangan
  • Staf klinikal sentiasa memantau keadaan pesakit semasa rawatan sedang dijalankan dan sentiasa menjawab semua soalan-soalan yang diajukan
  • Peluang untuk bertemu dan bersosial dengan pesakit lain
  • ‘Cuti’ daripada rawatan selama empat hari
  • Sesi rawatan dialisis dijadualkan oleh pusat dialisis
  • Pesakit perlu ke pusat dialisis untuk mendapatkan rawatan
  • Kawalan yang ketat mengenai pengambilan diet yang seimbang dan juga cecair
  • Berehat sebentar selepas menjalani rawatan
  • Terdiri dari jenis CVC dan Fistula

Start typing and press Enter to search